sudah masuk minggu kedua Cik Ada mendaftarkan diri sebagai guru pelatih di SK Seri Bandar.. bersyukur sanngat-sangat kerana semangat itu terus kental dan semakin menebal..bagi kelas 4 Budiman, Cik Ada akan memulakan pengajaran pada Rabu ini dan diharapkan semuanya berjalan dengan lancar.
Hari ini pula, Cik Ada telah berkenalan dengan anak-anak 3 bulan Cik Ada ini..kelas 2 Jujur..aish..comel2 sungguh la mereka..Adib, Ain, Syed Ammar Yasser, Amin di antara sebahagiannya dan jumlah ahli kelas ini adalah seramai 25 orang. Awal-awal lagi Cik Ada dah menetapkan rule "We are in a family so act like a family"
dan alhamdulillah..nampak macam faham haha..
dan kepada si notty Amin..forgives me for implementing "TIME OUT" arini dan anak ini sugul selepas "hadiah" ini..teacher hanya ingin mendidik kamu menghormati orang lain, dan teacher buat itu kerana sayang..mungkin Amin akan takut dengan Cik Ada, up to him..tapi Cik Ada akan terus mendekati anak-anak ini kerana mereka ini permata bangsa dan agama.. dan acuannya bermula dari sekarang..
yang menarik untuk dikongsi, Cik Ada merasa satu kepuasan sebaik keluar daripada kelas ini..Ini merupakan petanda baik mungkin..Jika Cik Ada sendiri merasa seronok dan terhibur sepanjang proses P&P, I'll put a great effort on it..dan produk yang Cik Ada hendak hasilkan adalah bergantung kepada usaha Cik Ada ke arah itu..Moga semangat ini sentiasa mewarnai hari-hari Cik Ada..Cukuplah praktikum Fasa 2 menjadi pengalaman berharga dan praktikum kali ini sebagai penambahbaikan dan ruang untuk muhasabah diri ke arah kebaikan..iALLAH..
dan dengan kelas 2 Jujur ini, Cik Ada perlu memperbanyakkan physical kinesthetic intelligence haha.. merka-mereka ini tersangatlah aktif dan komunikasi dua hala + classroom-base learning perlu sentiasa diwujudkan..
dan untuk Hari Selasa ini..Cik Ada akan menjadi mother duck mereka.. (dan Cik Ada akan terus menyanyi selagi khidmat diperlukan^_^ )
~finder.fighter





